BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 21, 2010

Survey

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PROGRAM MENUNAIKAN UMRAH 2011 ANJURAN KARISMA

Pihak KARISMA bercadang ingin mengadakan program menunaikan Umrah pada tahun 2011.

Program ini dibuka kepada semua kakitangan UniKL MFI beserta keluarga.

Anggaran kos adalah sebanyak RM 5000 - RM 6000 seorang.

Kaedah pembayaran yang ditawarkan pihak KARISMA adalah seperti berikut:

KAEDAH 1: Bayaran penuh sebelum menunaikan umrah ATAU

KAEDAH 2: Bayaran ansuran selama 10 bulan (anggaran) sebelum menunaikan umrah

Contoh pengiraan: anggaran kos / jumlah bulan sebelum menunaikan umrah

Contoh: RM 6000 / 10 bulan = RM 600 sebulan

ATAU

KAEDAH 3: Bayaran ansuran mengikut kemampuan selama 10 bulan (anggaran)

dan bakinya di bayar penuh sebelum menunaikan umrah

Contoh pengiraan: (bayaran bulanan sebulan X jumlah bulan sebelum menunaikan umrah) + baki bayaran = anggaran kos

Contoh bagi anggaran kos RM 6000, bayaran bulanan kemampuan RM 200

(RM 200 X 10 bulan) + RM 4000 = RM 6000

Kepada sesiapa yang berminat sila isikan maklumat di bawah dan email kan

kepada Pn Suhaila Basir selewat-lewatnya pada 12 February 2010.

Nama Staff:

Nama keluarga beserta umur:

1.

2.

Kaedah Bayaran:

Terima kasih


Biro Publisiti


Makluman

Salam and bonjour,

1. Dimaklumkan bahawa ayah kepada Pn Rosliza Mustapa telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 9 Januari 2010, jam 1.45 pagi. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Kajang. Semoga roh allahyarham dicucuri Rahmat. Al-Fatihah

2.Tahniah diucapkan kepada Puan Sa’diah Binti Jantan (EE Dept) kerana telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat (3.4kg) pada hari Rabu (16/12/2009) .




Mesyuarat pertama tahun baru 2010

Tempat: Coo8
Tarikh: 18 Januari 2010

Mesyuarat membincangkan majlis makan malam dan merancang Family Day yang akan datang serta isu-isu berbangkit. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Roslan. Jikalau anda semua ada cadangan dan pandangan tempat untuk mengadakan Family Day boleh la memberi cadangan kepada kami melalui blog @ email.




Majlis Makan Malam KARISMA 2009-part 4

Yang ini pulak anugerah untuk sukan yang telah dijalankan pada bulan november tahun lepas. Rumah Kuning telah berjaya merangkul Johan pada keseluruhan acara, diikuti rumah Biru naib johan, tempat ke3 rumah Merah dan tempat ke4 rumah Hijau.

pengurus-pengurus setiap acara diberi penghormatan setelah berjaya mengendalikan acara-acara sukan masing-masing.


pemenang bagi acara jogathon


Ketua kumpulan kuning menerima piala pusingan. Tahniah kepada kumpulan kuning, kepada yang lain cuba lagi.





Majlis Makan Malam Karisma 2009-part 3

Ini pulak gambar-gambar penyampaian anugerah zero mc dan 10 tahun berkhidmat di UNIKL MFI serta cabutan bertuah.

Sebelum tu perkenalkan MC pada malam tersebut yang telah berjaya menghidupkan majlis makan malam tersebut, Syabas Sya dan Azrul



Gambar-gambar penyampaian anugerah dan cabutan bertuah. Pada malam tersebut pelbagai anugerah diberi kepada semua staff antaranya, anugerah 10 tahun berkhidmat di UNIKL MFI, mereka telah diberi seutas jam tangan dan anugerah "0" MC yang menerima wang tunai RM 60.






Terima kasih kepada HOC, Deputy Dean, Ketua-ketua Jabatan dan Pengurus Kanan Admin dan Finance kerana sudi menyampaikan hadiah pada malam tersebut

Cameraman pada malam tersebut En Khairuddin

Hj Rafik mencabut cabutan bertuah

tuah ibu-ibu mengandung

giliran HOC mencabut cabutan bertuah



ini pulak giliran lelaki-lelaki bertuah pada malam tersebut