BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

Mesyuarat bulanan & Majlis Perpisahan AJK Karisma

Assalamualaikum & salam sejahtera

Mohon maaf kerana sudah hampir 3 bulan tidak dapat kemaskini blog ini atas faktor kesibukan kerja dan pertukaran seksyen baru-baru ini.

Alhamdulillah pada 25/5/2010, kami Ajk-Ajk Karisma dapat berkumpul untuk bermesyuarat dengan berbincang beberapa perkara berbangikit antaranya Lawatan ke ladang herba di Muar, aktiviti-aktiviti biro dan family day.

Selepas mesyuarat kami semua telah pergi ke Seksyen 15 untuk meraikan AJK Karisma yang telah meninggalkan UniKL MFI iaitu Cik Juniza dan Pn Nur Ainul Yaqeen. Karisma ingan merakamkan jutaan terima kasih di atas jasa mereka sepanjang menjadi AJK KARISMA, kami doakan semoga mereka berjaya dalam bidang yang diceburi.






mereka yang diraikan Cik Jun dan Pn Yaqeen



Friday, March 12, 2010

Makluman

Salam and Bonjour

Ada beberapa berita yang ingin dikongsi bersama,

1. Selamat pengantin baru kepada Pn Nur Ainul Yaqeen(TF) dan pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Februari 2010. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.



2. Tahniah kepada Pn Kamariana Sinal (EE/HVACR) kerana telah selamat melahirkan baby girl seberat 3.8 kg pada 12 Februari 2010 secara pembedahan.


3. Tahniah kepada Nor Azli Alias (Admin) kerana telah dikurniakan baby boy pada 20 Februari 2010.

4.
Takziah diucapkan kepada En.Mohd Yusof Mohd Yunus (EE Section) diatas kematian isteri beliau Allahyarhamah Puan Hasnah Binti Ibrahim pada jam 10.00 malam, 9 Mac 2010. Jenazah telah dikebumikan pada hari Rabu di Pendang Kedah. Semoga roh beliau akan dicucuri Rahmat Nya. Al-Fatihah.


Tuesday, March 9, 2010

Berita Terkini

LAWATAN BELAJAR SAMBIL BERSANTAI DI
NASUHA HERBA & KARYA SARI




Tiada bayaran dikenakan.
Penyertaan terbuka kepada semua ahli KARISMA (lebih dari 1 tahun).
Penyertaan terbuka kepada 40 peserta sahaja (menaiki bas UniKL MFI).
Makan tengahari dan minum petang disediakan.
Tarikh Lawatan : 24 April 2010
Masa : 7.00 pg - 7.00 mlm
Aktiviti : 1) Taklimat berkenaan Herba dan Rempah Ratus
2) Lawatan ke Kolam ikan
3) Lawatan ke Galeri Herba
4) Lawatan ke Sauna
5) Lawatan ke Industri Desa
Sesiapa yang berminat sila isi borang yang dilampirkan dan beri kepada Biro Publisiti KARISMA (Nor Ayuti-QA Unit dan Rosita Ishak-FJ).
Sila hantar borang yang lengkap kepada kami sebelum 22 March 2010.
Jadual lawatan akan diberitahu selewat-lewatnya seminggu sebelum lawatan.
Segala pindaan mengenai lawatan ini akan diberitahu dari masa ke semasa.
Sekian, Terima Kasih.
Biro Publisiti KARISMA


Thursday, January 21, 2010

Survey

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PROGRAM MENUNAIKAN UMRAH 2011 ANJURAN KARISMA

Pihak KARISMA bercadang ingin mengadakan program menunaikan Umrah pada tahun 2011.

Program ini dibuka kepada semua kakitangan UniKL MFI beserta keluarga.

Anggaran kos adalah sebanyak RM 5000 - RM 6000 seorang.

Kaedah pembayaran yang ditawarkan pihak KARISMA adalah seperti berikut:

KAEDAH 1: Bayaran penuh sebelum menunaikan umrah ATAU

KAEDAH 2: Bayaran ansuran selama 10 bulan (anggaran) sebelum menunaikan umrah

Contoh pengiraan: anggaran kos / jumlah bulan sebelum menunaikan umrah

Contoh: RM 6000 / 10 bulan = RM 600 sebulan

ATAU

KAEDAH 3: Bayaran ansuran mengikut kemampuan selama 10 bulan (anggaran)

dan bakinya di bayar penuh sebelum menunaikan umrah

Contoh pengiraan: (bayaran bulanan sebulan X jumlah bulan sebelum menunaikan umrah) + baki bayaran = anggaran kos

Contoh bagi anggaran kos RM 6000, bayaran bulanan kemampuan RM 200

(RM 200 X 10 bulan) + RM 4000 = RM 6000

Kepada sesiapa yang berminat sila isikan maklumat di bawah dan email kan

kepada Pn Suhaila Basir selewat-lewatnya pada 12 February 2010.

Nama Staff:

Nama keluarga beserta umur:

1.

2.

Kaedah Bayaran:

Terima kasih


Biro Publisiti


Makluman

Salam and bonjour,

1. Dimaklumkan bahawa ayah kepada Pn Rosliza Mustapa telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 9 Januari 2010, jam 1.45 pagi. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Kajang. Semoga roh allahyarham dicucuri Rahmat. Al-Fatihah

2.Tahniah diucapkan kepada Puan Sa’diah Binti Jantan (EE Dept) kerana telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat (3.4kg) pada hari Rabu (16/12/2009) .




Mesyuarat pertama tahun baru 2010

Tempat: Coo8
Tarikh: 18 Januari 2010

Mesyuarat membincangkan majlis makan malam dan merancang Family Day yang akan datang serta isu-isu berbangkit. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Roslan. Jikalau anda semua ada cadangan dan pandangan tempat untuk mengadakan Family Day boleh la memberi cadangan kepada kami melalui blog @ email.




Majlis Makan Malam KARISMA 2009-part 4

Yang ini pulak anugerah untuk sukan yang telah dijalankan pada bulan november tahun lepas. Rumah Kuning telah berjaya merangkul Johan pada keseluruhan acara, diikuti rumah Biru naib johan, tempat ke3 rumah Merah dan tempat ke4 rumah Hijau.

pengurus-pengurus setiap acara diberi penghormatan setelah berjaya mengendalikan acara-acara sukan masing-masing.


pemenang bagi acara jogathon


Ketua kumpulan kuning menerima piala pusingan. Tahniah kepada kumpulan kuning, kepada yang lain cuba lagi.