Assalamualaikum & salam sejahtera
Mohon maaf kerana sudah hampir 3 bulan tidak dapat kemaskini blog ini atas faktor kesibukan kerja dan pertukaran seksyen baru-baru ini.
Alhamdulillah pada 25/5/2010, kami Ajk-Ajk Karisma dapat berkumpul untuk bermesyuarat dengan berbincang beberapa perkara berbangikit antaranya Lawatan ke ladang herba di Muar, aktiviti-aktiviti biro dan family day.
Selepas mesyuarat kami semua telah pergi ke Seksyen 15 untuk meraikan AJK Karisma yang telah meninggalkan UniKL MFI iaitu Cik Juniza dan Pn Nur Ainul Yaqeen. Karisma ingan merakamkan jutaan terima kasih di atas jasa mereka sepanjang menjadi AJK KARISMA, kami doakan semoga mereka berjaya dalam bidang yang diceburi.
Monday, May 31, 2010
Mesyuarat bulanan & Majlis Perpisahan AJK Karisma
Posted by karisma0911 at 9:21 AM 0 comments
Friday, March 12, 2010
Makluman
Salam and Bonjour
Ada beberapa berita yang ingin dikongsi bersama,
1. Selamat pengantin baru kepada Pn Nur Ainul Yaqeen(TF) dan pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Februari 2010. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
2. Tahniah kepada Pn Kamariana Sinal (EE/HVACR) kerana telah selamat melahirkan baby girl seberat 3.8 kg pada 12 Februari 2010 secara pembedahan.
3. Tahniah kepada Nor Azli Alias (Admin) kerana telah dikurniakan baby boy pada 20 Februari 2010.
4.Takziah diucapkan kepada En.Mohd Yusof Mohd Yunus (EE Section) diatas kematian isteri beliau Allahyarhamah Puan Hasnah Binti Ibrahim pada jam 10.00 malam, 9 Mac 2010. Jenazah telah dikebumikan pada hari Rabu di Pendang Kedah. Semoga roh beliau akan dicucuri Rahmat Nya. Al-Fatihah.
Posted by karisma0911 at 8:01 AM 0 comments
Tuesday, March 9, 2010
Berita Terkini
Posted by karisma0911 at 8:27 AM 0 comments
Thursday, January 21, 2010
Survey
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
PROGRAM MENUNAIKAN UMRAH 2011 ANJURAN KARISMA
Pihak KARISMA bercadang ingin mengadakan program menunaikan Umrah pada tahun 2011.
Program ini dibuka kepada semua kakitangan UniKL MFI beserta keluarga.
Anggaran kos adalah sebanyak RM 5000 - RM 6000 seorang.
Kaedah pembayaran yang ditawarkan pihak KARISMA adalah seperti berikut:
KAEDAH 1: Bayaran penuh sebelum menunaikan umrah ATAU
KAEDAH 2: Bayaran ansuran selama 10 bulan (anggaran) sebelum menunaikan umrah
Contoh pengiraan: anggaran kos / jumlah bulan sebelum menunaikan umrah
Contoh: RM 6000 / 10 bulan = RM 600 sebulan
ATAU
KAEDAH 3: Bayaran ansuran mengikut kemampuan selama 10 bulan (anggaran)
dan bakinya di bayar penuh sebelum menunaikan umrah
Contoh pengiraan: (bayaran bulanan sebulan X jumlah bulan sebelum menunaikan umrah) + baki bayaran = anggaran kos
Contoh bagi anggaran kos RM 6000, bayaran bulanan kemampuan RM 200
(RM 200 X 10 bulan) + RM 4000 = RM 6000
kepada Pn
Nama Staff:
Nama keluarga beserta umur:
1.
2.
Kaedah Bayaran:
Terima kasih
Biro Publisiti
Posted by karisma0911 at 3:41 PM 0 comments
Makluman
Salam and bonjour,
1. Dimaklumkan bahawa ayah kepada Pn Rosliza Mustapa telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu, 9 Januari 2010, jam 1.45 pagi. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Kajang. Semoga roh allahyarham dicucuri Rahmat. Al-Fatihah
2.Tahniah diucapkan kepada Puan Sa’diah Binti Jantan (EE Dept) kerana telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat (3.4kg) pada hari Rabu (16/12/2009) .
Posted by karisma0911 at 3:38 PM 0 comments
Mesyuarat pertama tahun baru 2010
Tarikh: 18 Januari 2010
Mesyuarat membincangkan majlis makan malam dan merancang Family Day yang akan datang serta isu-isu berbangkit. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En Roslan. Jikalau anda semua ada cadangan dan pandangan tempat untuk mengadakan Family Day boleh la memberi cadangan kepada kami melalui blog @ email.
Posted by karisma0911 at 3:23 PM 0 comments
Majlis Makan Malam KARISMA 2009-part 4
Yang ini pulak anugerah untuk sukan yang telah dijalankan pada bulan november tahun lepas. Rumah Kuning telah berjaya merangkul Johan pada keseluruhan acara, diikuti rumah Biru naib johan, tempat ke3 rumah Merah dan tempat ke4 rumah Hijau.
Posted by karisma0911 at 12:27 PM 0 comments