BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 16, 2009

Kata-Kata Aluan Daripada Presiden KARISMA


Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt kerana di atas limpah kurnia dan izinNya kita dapat meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mendidik pelajar kita ke arah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang.

Di samping kita semua sibuk dengan tanggungjawap hakiki yang perlu dilaksanakan, pihak Universiti juga telah banyak memberikan sokongan dan sumbangan kepada kelab KARISMA untuk menjaga kebajikan dan keharmonian ahli dalam erti kata untuk mempereratkan lagi silaturrahim di antara semua kakitangan.

Dengan wujudnya kelab KARISMA, banyak aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan yang mana ianya banyak menerapkan nilai-nilai murni disamping bekerja dalam kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu sasaran yang mana dapat meningkatkan produktiviti dan mutu perkhidmatan sesuatu jabatan berkenaan.

Dengan wujudnya laman web KARISMA ini, maka segala aktiviti yang akan dirancang dan yang telah dilaksanakan akan di paparkan di laman web bagi tujuan pemberitahuan aktiviti kepada semua ahli dan juga untuk mendapatkan serba sedikit cadangan dan pandangan yang membina bagi menambahbaikan lagi perjalanan kelab KARISMA.

Setinggi -tinggi kesyukuran kehadrat ilahi dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembinaan laman web KARISMA ini.


Akhir kata, dipohon ribuan kemaafan jika terdapat kekurangan dalam paparan dan isi kandungan laman web ini.
Terima Kasih.

Mohammad Edilan Mustafa
Presiden KARISMA

0 comments: