BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 16, 2009

Pengenalan

1. Nama dan Alamat

Kelab ini dinamakan KELAB KAKITANGAN UNIVERISITI KUALA LUMPUR MALAYSIA FRANCE INSTITUTE (KELAB kAKITANGAN UNIKL MFI)

Alamat baginya ialah Univeristi Kuala lumpur Malaysia France Institute, Seksyen 14, Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

2. Tujuan Ditubuhkan

a. menanamkan semangat persefahaman, tolong-menolong dan mengeratkan hubungan di kalangan ahli-ahli.

b. membantu ahli-ahli di dalam bentuk sumbangan wang tunai bagi perkara-perkara kebajikan, kematian dan kecemasan

c. memberi pinjaman wang tunai tidak melebihi RM 500.00 kepada mana-mana ahli yang berada di dalam keadaan yang terdesak dna di dalam kecemasan.

d. menjalankan kegiatan-kegiatan kebjikan yang dianggap berfaedah untuk ahli-ahli.

3. Keahlian

a. ahli-ahli Kelab Kakitangna mengandungi sekelian mereka yang berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur MFI.

b. Keahlian adalah DIWAJIBKAN kepada semua kakitangan tetap dan kontrak yang berkhidmat di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute, Bandar Baru Bangi.

c. Tiap-tiap ahli hendaklah dibekalkan dengan satu naskah Undang-Undang Kecil Kelab Kakitangan UNIKL MFI

d. Undang-Undang Kecil ini tertakluk kepada kelulusan pihak Pengurusan UNIKL MFI.

4.Yuran Pendaftaran dan Keahlian

a. Tiap-taip ahli wajib membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM 10.00, sekali seumur hidup.

b. Yuran bulanan ahli adalah sebanyak RM 10.00 sebulan dan dijelaskan pada tiap-tiap bulan melalui potongan gaji pada bulan tersebut.

5. Faedah-Faedah kepada Ahli

a. Kematian ahli - RM 200 + kutipan

b. Kematian Suami/Isteri/Anak/Ibu/Bapa/Mertua - RM 100 + Kutipan

c. Ahli yang dimasukkan ke Hospital - RM 50

d. Perkahwinan Ahli - RM 50

e. Kelahiran anak - RM 50

f. Majlis perpisahan serta diberi cenderahati kepada ahli yang bertukar, berhenti atau bersara setelah menjadi ahli melebihi 1 tahun - RM 50

g. Sumbangan ehsan meliputi banjir, kebakaran, kecurian serta bencana alam. - RM 100


Ini adalah sebahagian undang-undang kecil yang termaktub, untuk maklumat lanjut sila rujuk Undang-Undang kecil yang telah diberikan kepada ahli semasa Mesyurat Agung yang lepas.

0 comments: